BETUL KATA P.RAMLEE...

Kemarin abang kena serangan dari bini no.2 sebab abang lupa giliran! Tua-tua ni dah pandai lupa-lupa. Dia marah sebab aku terlebih hari di rumah yang no. 3. Bukan sengaja bah. Terlupa sebab syok bah bersama yang muda sikit. Syyyy...jangan ksi tau aaa...

Tapi berkat skill yang dipelajari dari rakan-rakan senasib (yang berbini lebih), aku dapat tangani kegawatan ini dengan tenang. Caranya mudah. Pertama, aku membisu. Aku biarkan dia berleter. Aku beri dia peluang meluahkan isi hati segala macam. sampalah dia berhenti sendiri.
Kemudian, aku tanya pasal anak-anak kami, kesihatan, persekolahan, barangan dapur. Mula-mula, bini aku tidak menjawab ooo...aku terus juga bertanya pasal bil elektrik sudah sampaikah belum. Dia mulai beri respon! Nah, dah masuk dalam bubuh aku!
Kemudian, aku duduk di sisinya sambil urut-urut betisnya. Dia memang suka sangat diurut di betis sebab ada masalah urat sakit-sakit. Kebetulan pula aku ada kemahiran mengurut yang dipusakai daripada nenek moyang. Terus biniku sejukkk...aku tau sebab aku jeling-jeling wajahnya dah tidak mendung sudah.

Nah! settle down sudah laa...
Kemudian aku pura-pura tanya sambil gurau: " Yang, sup ekor ada lagi kee?"
"Gila abang ni, mana ada sup ekor lagii...di kedai adalah bah!" jawab biniku.
Masuk jerat lagi! Sebab selepas itu aku ajak bini shoping beli keperluan dapur...

Dipendekkan cerita, krisis pun tamat.
Malam itu aku gagahkan juga tunaikan tanggungjawab...
(KALAU BERBINI BANYAK, KENA GAGAHHH...)

Ini saja kali ini. SALAMMMMM....

8 comments:

  1. hahaha... i tot kelemahan perempuan ialah $$$?
    mengkali sa seja ooo.. kekekeke...

    ReplyDelete
  2. Bukan senang jumpa urang mcm abg Awang ni tau... Mesti penyabar urangnya.. Hehe.. Urang bebini lebih ni memang banyak cabarannya.. Kalau nda pandai kontrol memang jadi gila.. Apa nda'nya sana sini membebel...

    Ilmu tahan tengking ni patut dipelajari dari Abg Awang.. Bayangkan kalau dua2 bising apa jadi?? Macam minyak dengan api la jadinya.. sebab itu selalu kita dengar periuk kuali beterbangan dalam rumah.. Nda tau la rumah siapa tapi memang ada bah kan.. Hehehehe....

    Ilmu kesabaran dan pandai ambil hati bini tu penting dipelajari.. Terutamanya untuk yang belum kawin.. senang la tu nnt kalau sudah kawin.. Hehe.. Macam saya belum kawin.. Adeh....

    ReplyDelete
  3. adehdehdehdeh...kelakar bah pula banyak cawangan ini...sipir mau tingi...setakat sipir 12 bagus jangan menduga 2,3,4 lautan dalam. mancing ta' diom sungai joo (tuturan/cakapan Bajau. Harap2 ngam...)

    ReplyDelete
  4. Saya hapal sipir 1,2,5,10,11,12 ja SANGURU. Kalau dalam kelas dulu2 lagi, paling siuk kana tanya cikgu apa sipir yg saya mau hapal depan kelas. Kalau ramai yang pilih sipir 1,2,5 dan 10 sya suka sipir 11 haha. sya paling tidak suka kana suruh hapal sifir 7 sama 9.

    Kembali kepada entri awg muslihat nie... kalau ikutkan pengalaman dia kesabaran mesti ada step by step. Jangan putus kata dan panda tau apa yang 'disukai' isteri dalam keadaan perasaan yang marah dan tegang. bukan begitu ka awg muslihat?

    ReplyDelete
  5. aahahaha. bah ag muslihat, kalu kira-kira ko rasa inda gagah sudah, aku buli tulung kau. sa ada ubat dia. mo ka?

    ReplyDelete
  6. minum ja air akar pinang muda ba... lelaki akan bertenaga. Saya tidak tau kalau bertenaga jenis ini boleh untuk suami dan isteri. Tenaga ni cuma melibatkan kerja yang berat2.. mcm turun naik bukit angkat kayu atau angkat karung padi bukit turun ke lembah atau apa2 ja jenis kerja berat la..

    Ada urg rungus yg bagitau cara nie.

    ReplyDelete
  7. tk kerana terus baca blog abang. "kugagahi jua" bermaksud...walaupun teringin nak ke rumah bini lain...tapi kemahuan orang rumah no.2 ni mesti dipenuhi. Ini pun antara syarat utama kalau ada 2,3 bini. Tidak boleh kata "no". Kena "yes" semua...walaupun adakalanya ada benda tak dapat dipenuhi tapi kena ada MUSLIHAT bikin "cover". Terlupalah...dah beli tapi lupa di kaunter laa...sms ayang lambat sampai laa...tapi syarat: muslihat kena real. Siap dengan "body language" yang meyakinkan! INSYAALLAH....bini boleh maafkan...

    ReplyDelete
  8. nah ko di mana nie Awang di KM kah? sya mau jumpa tau mau berguru dulu org rumah sya marah saja 24 jam mcm harimau kok tolong sya k

    ReplyDelete