BILA JUMPA RAKAN SENASIB...

Abang ada crita pasal bini tua bawa balik kampung tengok anak buah khawin kan? Ok, dalam majlis gilang gemilang itu, abang ketemu rakan lama yang nampaknya senasib dengan abang. Tapi dia lebih malang (?) kerana berbini tiga dalam usia yang lebih muda. Umur si kawan ini baru 45 tahun, dan mengalami nasib malang itu baru setahun yang lepas. Maksudku, khawin kali ke-3 pada tahun lepas. Ada juga beliau perkenalkan isterinya dari kejauhan yang sedang sibuk bercerita dengan teman-teman sejantina.

"Apa macam dapat?" aku bergurau. Si kawan ketawa tapi kontrol macho.
"Ni, nampak bekas ni?" si kawan singsing lengan baju melayunya.
"Yang no.2 tikam aku dengan garfu!!..." katanya sambil-sambil ketawa.

Nah kan, sudah kubilang. Manakah senang-senang buka cawangan. Antara hidup dan mati, kadang-kadang. Mana ada perempuan (apa lagi kalau lawa) yang akan cakap : "alhamdulilah bang, khawinlah bang, ayang kepingin merasa payung emas di akhirat..."
Gilalah perempuan itu kalau cakap begitu. Dan kalau ada, abanglah yang dulu-duluan khawin dia. Untuk kes khas begini, tak lawa pun tak apa....

Kemudian....si kawan tunjuk satu barang barunya.
"Pernah nampak ni?" katanya sambil ketawa-ketawa.
"Wah! dari mana dapat?" aku betul-betul teruja.
"Guru kasi...."
"Ada lagi?"
"Jenis ini tiada. Tapi bambu dua ruas, ada. Tapi mau 1k harga dia..."
"10 K pun boleh diusahakan kalau untuk memudahkan buka cawangan baru dan piara kesemuanya!!!" jawabku sungguh-sungguh.

AKU MEMANG SUNGGUH-SUNGGUH!
Kalau betul cerita si kawan, sanggup aku "re-loan" di Bank Rakyat!....

Inilah ceritanya kalau rakan senasib dah jumpa!'

JUMPA LAGI KAWAN.....

DI INDON AKU HAMPIR....

Biniku yang ketiga ini memang jenis perempuan yang sukar aku ceritakan jenis apa. Aku khawin dia dulupun bukan kerana apa, cuma kerana tidak tahan melihat kejelitaannya, susuk badannya, lenggangnya...dan jaminan kerjayanya!


Jenis lain maksudku, dia suka sesuatu yang baru. Baju baru. "Suasana" baru. "Versi" baru. Kerana itulah dia yang mengusulkan kami melancong di Indon. Bukan apa sangat. Saja nak wujudkan suasaana baru, katanya! Kami pergi berdua saja. Itupun atas arahannya, rancangannya. Anak kami yang dah masuk 3 tahun itu dia titipkan pada maknya di kampung. Dia juga yang buat alasan ada kerja lapangan. Katanya lagi pada mak mertuaku, "Lin tak harap abang Mus tinggal bersama dengan orang gaji semasa ketiadaan lin!"


Wah! pintar bangat ini isteri mudaku ya! Abang okay saja. Benda baik, apa nak tengkar-tengkar. Dipendekkan cerita, bercuti sakanlah kami di Indon. Ops, lup cerita tentang dua bini tua abang. Yang itu , abanglah yang buat-buat cerita yang abang ada "out-station"....senang saja bah! Nantilah abang ceritakan bagaimana abang kelentong kedua-duanya sekali.


Di Jakarta, aduhhh...mataku puas menjamu selera. Manis-manis sekali. Pantang mata isteriku berpaling, mataku pun berpaling juga. Bagaimana aku bisa untuk tidak memandang ciptaan Tuhan yang paling indah di maya pada? Masa tu juga terdetik di hatiku...kalaulah tiba-tiba isteriku offer pilih mana-mana antara gadis-gadis betavia itu....
YAKIN DAN PASTI AKU PILIH YANG PALING LAWA.

Tapiii...segala angan-angan itu musnah bila tiba-tiba....
aku terkejut bila jari mulus isteriku mencubit pehaku.

"AWAS!" , katanya...

ABANG SEBENARNYA MALU...

Abang sebenarnya malu dengan adik-adik atau abang-abang atau akak-akak yang dah jadi semacam peminat abang. Malu kerana seolah-olah gagal memberi kepuasan, maksud abang....blog abang ini tidak update macam orang lain. Tapi percayalah...bukan abang sengaja melukakan apa lagi mngecewakan apa lagi melupakan...dalam hal-hal memblog ni memang abang lemah, tapi kalau yang itu....KESUKAANKU dan SANGGUP TIAP HARI...

Abang sebenarnya menunaikan kewajipan abang sebagai suami yang pengasih, penyayang, prihatin dan perkasa. Abang terpaksa melayani semua karenah birokrasi isteri-isteri abang. Yang tua bawa balik kampung tengok anak buah khawin. Yang kedua pun gitu. Yang ketiga pula lain sikit....abang disponser makan angin di Indonesia. Waduhhhh....isteri penyayang untuk suami penyayang, bukan?

Itulah antara sebab-sebabnya abang tidak memblog. Brangkali ada pembaca yang kata abang ni "DI BAWAH KETIAK ISTERI-ISTERI"? Ada betul ada tidak. Memang abang akui, abang kadang-kadang di bawah....isteri di atas....apa nak malu, kenyataan. Lumrah dunia...kejap di atas, kejap di bawah.

Jadi....maafkanlah kelemahan abang. Menulis blog hanyalah satu perbuatan sunat sementara melayani isteri-isteri (dan anak-anak) adalah kewajipanku. Memanglah sedikit menyeksakan tapi bukan azb seksa namanya kalau nikmat, syok dan enjoyyyy...

Wasalam...